Sesuatu yang terjadi…

Insyallah, kalo di izinkan Allah ada satu benda yang ingin aku lakukan mungkin tahun ni atau tahun depan. Semenjak kembali dari Tanah Suci tahun lepas walaupun dah setahun, kadang2 aku masih terasa bangun tidur di tengah2 malam dan merasakan aku berada di dalam Masjidil Haram..malah bukan saja masa tidur kadang2 pada masa biasa aku akan tetiba terasa seperti berada di sana.Adakah ini khayalan?

Sesuatu yang aku tak dpt nk lupakan adalah di sana ia memberikan ketenangan kepadaku.Tak perlu aku memikirkan tentang hati yang masih rindukan amoi dan juga masalah2 dunia yang lain.Aku berasa sangat2 tenang.

Pekenalanku dengan Ustaz Sulaiman banyak juga membuka kembali minda ku menyegarkan kembali mindaku.Antaranya adalah benda yang aku lupa iaitu bahasa arab.Walaupun aku tak blajar byk akan tetapi aku masih faham juga maksud2nya kdg2.Satu lagi yang aku pelajari adalah setiap sesuatu yang berlaku semua adalah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Contohnya..ketika kami di Mina, van kami sewa accident dan walaupun tak teruk tapi ia mengambil masa yang agak lama untuk settlekan.Biarpun lama tapi hanya besabar.

Van masih mampu meneruskan perjalanan dan kami terus ke miqat utk niat umrah.Setibanya kami di miqat itu, kami ternampak seorang jemaah duduk dalam keadaan yang akan bingung dan resah.Ustaz ku menghampiri dan menegur.Rupanya pakcik org Malaysia dan telepas bas rombongannya.Pakcik itu hanya mampu berdoa agar ada yang dapat membantu dia untuk kembali ke Kota Mekah.

Kami pun membantu menumpang kan pakcik itu sebab kami pun akan ke destinasi yang pertama.Setelah selesai berniat dan memakai ihram, kami semua bersama pakcik itu pun bertolak ke Kota.

Setelah sampai dan menghantar pakcik itu kembali ke hotel.Ustaz pon menceritakan “sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya” dan aku pon mengakui kebenaran itu.Yalah kalau tak di sebabkan accident yang kami hadapi dan memakan masa yang lama untuk settlekan, pasti kami tidak akan berjumpa pakcik itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.